Search This Blog

Wednesday, August 19, 2009

Salam Ramadan Semua!


Ramadan Al-Mubarak Menjelma Lagi! Sedar atau tidak, Majoriti daripada kita melangkaui Ramadan tanpa persiapan rapi. Semuanya bagaikan berserah. Masuk Ramadan, maka puasalah! Habis Ramadan…rayalah! Bahkan, jika dibandingkan sambutan menyambut Ramadan dan sambutan Syawal, bezanya amat terasa.

Kita wajar menjadikan Ramadan bulan yang istimewa. Kedatangannya wajar dijadikan acara tahunan. Sama seperti menanti kedatangan 31 Ogos. Media massa pula wajar mempromosikan Ramadan sebaik-baiknya. Inilah musimnya, manusia mampu menjadi baik.

Musim menziarahi masjid dan surau untuk solat, musim bersedekah menambah pahala, musim perokok belajar pelan-pelan berhenti merokok dan musim si gadis mengenakan busana yang lebih sopan. Tidak pelik, pengacara TV yang tidak bertudung pun akan menyangkut tudung di kepalanya pada bulan Ramadan ini.

Surau dan masjid di setiap kariyah hendaknya menjadikan kedatangan Ramadan bulan mengukuhkan ukhuwah di antara penduduk. Juga Ramadan sebagai bulan mengasah ibadah.

Kita tentu rasa seronok jika melewati kampung demi kampung, taman demi taman atau bandar demi bandar, maka di persimpangan jalan, di tiang-tiang lampu berderetan banner dan bunting yang berlumba-lumba mempromosikan Ramadan. Ramadan sebagai bulan tarbiyyah. Ramadan sebagai bulan ibadah.

Sekurang-kurangnya, kita jadi ingat bahawa Ramadan bukanlah semata Bazaar Ramadan atau pesta juadah. Bukan juga bulan berhabis wang dengan kereta baru, langsir baru, sofa baru dan baju baru.

Jadikanlah Ramadan bulan yang melentur nafsu, jinakkan dengan puasa yang bermutu. Puasa yang mana akhirnya menjadikan kita insan baharu menjelangnya satu syawal nanti…amin.

Syukur Alhamdulillah kita dipanjangkan umur untuk bertemu lagi bulan Ramadan ini.

Saya secara peribadi ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Mulia Ramadhan Al Mubarak, dengan rendah dirinya dan hinanya saya, bersama kita menginsafi dan meminta ampun dosa-dosa kita dan melebihkan amal ibadat di bulan mulia ini, semoga Allah swt membuka hati kita dan menjadikan kita manusia yang lebih patuh dan taat kepadaNya, insha-Allah.

Dengan kesempatan ini juga saya ingin memohon ribuan ampun dan maaf kepada semua yg mengenali saya samaada rakan biasa atau baik, rakan jauh mahupun rakan rapat, juga musuh dan juga musuh dalam selimut dan serta mungkin yang tidak berkenaan, ampunilah segala dosa saya terhadap kamu semua jika ada yang memendam di hati. Marilah kita sama-sama mengeratkan silaturrahim. Kita bersaudara sesama Islam.

P/S: SALAM RAMADAN buat semua pengunjung blog ini! Moga rahmat Allah melimpahi kita semua, amin.

Wednesday, July 29, 2009

PRSEC-96% Profit in 10 Months!

103 % Profit in less than A YEAR- This is Not CRAZY!


Last year I told most of my friends and prospects, "Invest now because if you dont take this oprtunity you will have to wait for another 10 years to get an oportunity like this". That was 3rd Quarter 0f 2008.
Today If you have follow my advised...SENYUM LEBARRR la lu brader....!!!

Thursday, July 23, 2009

Public China Select Fund 65% in 9 months

PCIF returns 50.96% in less than a Year

Mengapa as-Salihin?

Mengapa kami memilih as-Salihin?

Berkekalan/Berterusan

as-Salihin adalah sebuah syarikat amanah dan sebuah syarikat yang berterusan. Dengan kakitangan sepenuh masa, akan sentiasa memastikan kesinambungan dalam proses pentadbiran hingga pembahagian harta yang terakhir.
Bertanggungjawab dan Adil

Tidak seperti pemegang amanah individu, as-Salihin sebagai badan yang dikawal oleh undang-undang mesti memastikan wang yang diamanahkan diurus, dijaga serta diagihkan dengan baik. Selain itu, sebagai badan korporat, as-Salihin bebas dan adil kepada semua benefisiari berbanding pemegang amanah individu yang mungkin mempunyai hubungan serta terikat dengan emosi terhadap benefisiari.
Profesional dan Kemampuan

Dengan melantik as-Salihin , anda pasti berpuas hati dengan profesional dan kemampuan untuk menjalankan keseluruhan pentadbiran pada kos yang berpatutan.
Pengecualian daripada Bon Pentadbiran

Wasi adalah individu yang dilantik di dalam Wasiat untuk mengendalikan arahan dan kehendak Pewasiat. Sekiranya berwasiat, Bon Pentadbiran diperlukan jika tiada Wasi, di mana pentadbir akan dilantik dan diberi Surat Kuasa Mentadbir dengan Wasiat. Bon Pentadbiran diperlukan jika nilai kasar harta pusaka melebihi RM50,000 kecuali Syarikat Amanah dilantik sebagai Pentadbir. Sebagai Syarikat Amanah, as-Salihin dikecualikan daripada keperluan Bon Pentadbiran.
Proses Undang-Undang yang Segera

Dengan melantik as-Salihin sebagai Wasi anda, proses undang-undang untuk mentadbir harta anda selepas kematian dapat dijalankan dalam masa yang singkat dan tiada pertelingkahan untuk melantik pentadbir harta.
Kemudahan

Di as-Salihin kami menyediakan perkhidmatan untuk kemudahan anda - Perancang Harta Islam kami bersiap sedia membantu anda pada bila-bila masa dan di tempat bersesuaian dengan anda.