Search This Blog

Wednesday, July 29, 2009

PRSEC-96% Profit in 10 Months!

103 % Profit in less than A YEAR- This is Not CRAZY!


Last year I told most of my friends and prospects, "Invest now because if you dont take this oprtunity you will have to wait for another 10 years to get an oportunity like this". That was 3rd Quarter 0f 2008.
Today If you have follow my advised...SENYUM LEBARRR la lu brader....!!!

Thursday, July 23, 2009

Public China Select Fund 65% in 9 months

PCIF returns 50.96% in less than a Year

Mengapa as-Salihin?

Mengapa kami memilih as-Salihin?

Berkekalan/Berterusan

as-Salihin adalah sebuah syarikat amanah dan sebuah syarikat yang berterusan. Dengan kakitangan sepenuh masa, akan sentiasa memastikan kesinambungan dalam proses pentadbiran hingga pembahagian harta yang terakhir.
Bertanggungjawab dan Adil

Tidak seperti pemegang amanah individu, as-Salihin sebagai badan yang dikawal oleh undang-undang mesti memastikan wang yang diamanahkan diurus, dijaga serta diagihkan dengan baik. Selain itu, sebagai badan korporat, as-Salihin bebas dan adil kepada semua benefisiari berbanding pemegang amanah individu yang mungkin mempunyai hubungan serta terikat dengan emosi terhadap benefisiari.
Profesional dan Kemampuan

Dengan melantik as-Salihin , anda pasti berpuas hati dengan profesional dan kemampuan untuk menjalankan keseluruhan pentadbiran pada kos yang berpatutan.
Pengecualian daripada Bon Pentadbiran

Wasi adalah individu yang dilantik di dalam Wasiat untuk mengendalikan arahan dan kehendak Pewasiat. Sekiranya berwasiat, Bon Pentadbiran diperlukan jika tiada Wasi, di mana pentadbir akan dilantik dan diberi Surat Kuasa Mentadbir dengan Wasiat. Bon Pentadbiran diperlukan jika nilai kasar harta pusaka melebihi RM50,000 kecuali Syarikat Amanah dilantik sebagai Pentadbir. Sebagai Syarikat Amanah, as-Salihin dikecualikan daripada keperluan Bon Pentadbiran.
Proses Undang-Undang yang Segera

Dengan melantik as-Salihin sebagai Wasi anda, proses undang-undang untuk mentadbir harta anda selepas kematian dapat dijalankan dalam masa yang singkat dan tiada pertelingkahan untuk melantik pentadbir harta.
Kemudahan

Di as-Salihin kami menyediakan perkhidmatan untuk kemudahan anda - Perancang Harta Islam kami bersiap sedia membantu anda pada bila-bila masa dan di tempat bersesuaian dengan anda.

Sunday, July 19, 2009

TIPS MELABUR DLM UNIT AMANAH!

Untuk melabur dalam Unit Amanah anda perlulah mengikut 4 syarat berikut, pasti anda menang :-

1) Tempoh Pelaburan - melabur dalam unit amanah bukanlah satu pelaburan untuk cepat kaya@jangka pendek. Ianya adalah platform terbaik untuk pelaburan tempoh sederhana atau jangka panjang 3 tahun ke atas. Walaupun pada ketika ini hampir semua pelanggan saya sedang menikmati keuntungan melebihi 10% dalam tempoh hanya 2 bulan, bukanlah bermakna keadaan ini sama setiap tahun. Target melabur di unit amanah adalah untuk menambahkan nilai pegangan unit anda dalam jangka panjang.

Bayangkan anda membeli 100 gram emas (gelang). Nilai emas sentiasa naik turun, bagaimanapun biasanya selepas 5 tahun nilainya akan jauh meningkat. Tetapi walau setinggi manapun harga emas, berat gelang masih sama (100 gram).
Bayangkan jika berat emas (gelang) anda bertambah setiap tahun. Atau dgn kata lain emas anda beranak pinak setiap tahun. Bagus tak? Beli hari ni 100 gram, 5 tahun lagi dah bertambah 500gram.

Jika anda nak tahu itulah konsep melabur unit amanah. Seperti beli emas yg berupaya beranak-pinak tiap tahun. Bermakna jika harga unit amanah turun sekalipun anda tidak perlu risau kerana unit pegangan anda sentiasa bertambah dari tahun ke tahun.

2) Disiplin. Pastikan anda membuat pelaburan tambahan secara tetap setiap bulan. Cara ini akan membolehkan anda mengambil semua harga unit anda samada dalam keadan harga tinggi mahupun ketika turun untuk mengoptimumkan keuntungan anda. Cara ini dipanggil Kos Purata Ringgit (Dollar Cast Averaging).

3) Ketahui perkembangan semasa pasaran saham (KLCI) melalui perunding anda setiap 3 bulan sekali untuk mengetahui perkembangan semasa pasaran serantau dan kemaskini portfolio pelaburan anda supaya mencapai matlamat pelaburan yg telah ditetapkan dari awal.

4) Laksanakan Tindakan - Buat keputusan utk tindakan yg perlu dilaksana bila berlaku keadaan berikut:-
i) matlamat pulangan anda telah dicapai
ii) keadaan pasaran menunjukkan perubahan samada meningkat atau menurun
iii) perubahan ke atas profil risiko anda
iv) perubahan matlamat kewangan anda

* Untuk bulan ini pihak Sykt ada membuat tawaran khas kepada semua pelabur. Saya galakkan anda melabur ke dalam dana Public China Ittikal Fund (PCIF). Tawaran akan berakhir 31 Julai 2009. Harga sekarang sekitar 19 sen dan fees dikenakan utk jumlah 5000 - 9.999 = 5.25%, 10,000 ke atas hanya 5% berbanding 5.5% kadar biasa. Sila rujuk Public Mutual News untuk presentation slide dana ini.