Salam hormat kepada pembaca mjamilali.com,
Dalam kesibukan tugas, hari ni saya terpanggil untuk memberikan sedikit pandangan ringkas berhubung perkara di atas.
Di sebalik keghairahan orang ramai terhadap pembelian emas dan hartanah ketika ini saya membuat beberapa analisa dan perkiraan terhadap sebarang kemungkinan yang mungkin berlaku.
Emas -
Anda harus berhati-hati apabila melihat peningkatan sesuatu produk yang begitu mendadak dan tinggi. Terutamanya harga emas yang sangat melambung tinggi ketika ini sehingga ramai yang tidak pernah berniaga dan faham berkaitan emas pun menjadi peniaga emas. Bila berlaku keadaan dimana terlalu ramai peniaga disebabkan tawaran yang berlebihan, sudah tentulah akan menyebabkan berlaku perang harga. Ini mungkin akan menyebabkan kejatuhan mendadak harga komoditi ini sebagaimana pernah berlaku diawal tahun 80 an dahulu.
Pelabur bijak akan membeli dengan banyak sewaktu harga komoditi itu rendah dan akan menjualnya ketika harganya melambung tinggi seperti sekarang. Sebagaimana pergerakan semua barangan komoditi lain, harga akan sentiasa turun dan naik bergantung kepada keadaan semasa disebalik penawaran dan permintaan. Negara seperti India dan China adalah pengguna emas paling besar di dunia. Bagaimanapun, analisa standard Chartered menjangkakan harga emas akan melonjak sehingga ke paras $2000/oz pada 2014 dan $2500/oz pada 2020. Ketika ini harga emas adalah sekitar $1600/oz. Buatlah keputusan bijak dengan mempelbagaikan pelaburan anda. Fahami risiko setiap pelaburan sesuai dengan profil risiko anda.
Hartanah-
Harga hartanah pada hari ini memang tinggi berbanding tahun 90an, bagaimanapun resmi hartanah agak berbeza berbanding dengan pelaburan lain seperti emas dan saham.
Terdapat pelbagai faktor yang menentukan harga sesuatu hartanah. Antara faktor tersebut :-
1- Lokasi
2- Jenis bertanah atau strata
3- Keluasan
4- Pemaju
5- Kemudahan infrastruktur dan pengangkutan awam.
6- Pemandangan
7- Pegangan bebas atau terhad
8- Kemudahan asas sekitar hartanah seperti sekolah , bank, kawasan perniagaan, pasaraya besar, dll.
9- Kadar sewaan hartanah
10- Masa
Lokasi - Faktor paling utama yang harus diambil kira jika anda ingin membuat pelaburan hartanah ialah faktor lokasi. Semakin hampir ia kepada kawasan pembangunan utama, semakin tinggi nilai hartanah tersebut dan semakin mudah untuk anda mendapat pembeli pada harga yang anda mahu dikemudian hari nanti. Kadar sewaan juga pastinya boleh menampung bayaran bank anda jika anda berhasrat menyimpan hartanah tersebut.
sampai di sini sahaja dahulu..
KLCI 6 July 2011
13 years ago
No comments:
Post a Comment