Search This Blog

Wednesday, June 13, 2012

Pahit VS Manis

Pada pagi penghujung Ramadan 1434 Hijrah ini, Ada sesuatu yang ingin saya kongsikan bersama pembaca. Teringat cerita Allahyarham P Ramlee 'Ahmad Albab'. Kopi pekat melekat tanpa gula dan makanan (tak ingat) tanpa garam. Begitulah cantiknya perencanaan kejadian alam semesta ciptaan Allah tuhan semesta alam ini. Setiap kejadian itu diciptakan berpasang-pasangan, Ada cantik Ada hodoh, Ada Rajin Ada Malas, Ada untung Ada rugi, Ada kaya Ada miskin. Fikirkanlah disebalik rahsia kejadian alam semesta yg sebegini aturannya. 

Segala puji Hanya bagi Allah yang menciptakan segala isi alam semesta, yang pengasih lagi maha penyayang. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Dia yang layak kita sembah dan kepadaNya sahaja kita mohon pertolongan. Tunjukkan kami ke jalan yang lurus.... 

Kehidupan mereka yang pernah mengalami kejatuhan atau dugaan yg mencabar samada dalam perjalanan kerjaya, berkeluarga, hubungan sesama manusia mahupun perniagaan ternyata memberikan satu kematangan hidup dan Impact yg agak ketara berbanding mereka yang kurang melalui fasa yg mencabar seperti di atas. Kepada mereka yang agak kukuh imannya dan tahu mensyukuri nikmat pemberiannya dariNya, dugaan dan cabaran hidup bakal melonjakkan mereka ke satu aras keimanan dan kematangan yg agak meningkat. 

Bagaimanapun kepada mereka yang tidak mensyukuri Nikmat Allah akan sentiasa mengeluh dan mencari salah samada di pihak sendiri atau orang lain. Golongan ini lupa bahawa segala nikmat kesenangan, kemewahan mehupun kesukaran hidup adalah lumrah kehidupan dan bersifat sementara. Segala Nikmat boleh diambil olehNya pada bila-bila masa sahaja. Dialah tuhan yg berkuasa atas segala sesuatu. Saya bersyukur kerana sepanjang kehidupan saya selama 42 tahun ini, saya telah melalui pelbagai ujian dan cabaran yg ternyata memberikan saya satu pengalaman dan kekuatan untuk menghadapi dugaan yang lebih perit dan mencabar. Betullah seperti kata pepatah, berhata-hati dengan apa yang anda sebut kerana ianya kelak kan menjadi nyata kepada diri anda sendiri. Begitu juga berhati-hati dengan apa yang anda fikirkan kerana kelak ia akan menjadi nyata.

Bersyukurlah dengan segala apa yang kita Nikmati sekarang dan sebelumnya... Semoga ianya menjadi titik tolak kepada penyucian jiwa dan pembersihan hati. Maafkanlah orang disekeliling dan hapuskan dendam  Jiwa bersih hati suci ketenangan pasti menjadi milik kita.

Salam hormat.




No comments: