Search This Blog

Thursday, July 9, 2009

KLCI- 9th July 2009

Saya sayang daddy - Paris


LOS ANGELES 8 Julai - Anak perempuan bongsu Michael Jackson, Paris Katherine memberi penghormatan terakhir kepada ayahnya dengan berkata, "Daddy adalah ayah terbaik yang tidak dapat saya ungkapkan".

Kanak-kanak berumur 11 tahun itu buat pertama kalinya membuat ucapan di khalayak ramai ketika seluruh dunia sedang menyaksikan majlis penghormatan untuk Jackson di Staples Center dan sekali gus menafikan gosip berhubung kehidupan pelik keluarga mereka.

"Sejak saya dilahirkan, Daddy telah menjadi ayah yang terbaik yang tidak dapat dibayangkan oleh kamu. Saya amat menyayanginya," katanya kepada tetamu yang hadir.

Selepas ucapan penghormatan daripada abang Jackson, Jermaine dan Marlon, Paris menyatakan hasratnya untuk berucap.

"Cakaplah," kata makciknya, Janet Jackson dengan lembut ketika Paris membuat ucapan umum selamat jalan kepada ayahnya.

Luahan perasaan Paris mencuit perasaan para hadirin di Staples Center dan mereka yang mengikuti upacara itu melalui Internet.

Suasana menjadi lebih hiba apabila Paris tidak dapat meneruskan kata kerana terlalu kesedihan lalu ditenteramkan oleh ibu saudaranya, Janet.

Paris, abangnya, Prince Michael, 12, dan adiknya Michael II, 7, turut menyertai nyanyian penghormatan We Are the World kepada ayah mereka.

Ini adalah kali pertama seluruh dunia dapat menyaksikan ketiga-tiga anak Jackson, setelah Raja Pop itu semasa hidupnya sentiasa melindungi anaknya daripada perhatian umum. - AFP

My comment : No words can explain neither describe how I feel when, I can spend more time with my family especially with my 3 heros. Spend ur time more with your family while u still can do it, especially during their age of 4 - 12 yrs old.