Pantun spontan untuk anda semua...
Hari Jumaat mungkin Raya
Hari Raya hari yg mulia
Hari yg lepas jadikan pedoman
Hari depan kita bina idaman
Dosa lampau jadikan pedoman
Pahala hadapan kita kembangkan
Salah dan silap kita maafkan
Agar hati dipenuhi keimanan
Niat kawan nasihat ikhlas
Jujur dan ikhlas jadi pegangan
Peluang baik usah dilepas
Rezeki baik sedekah zakatkan
... saya mengucapkan kepada semua pembaca blog saya , selamat menyambut Aidil Fitri... salam kemaafan dari saya dan keluarga terhadap salah dan silap yang jelas dan mungkin juga tersimpan di dlm peti hati anda.. semoga anda semua bergembira dan dapat saling menyambung silaturahim sesama kenalan dan saudara-mara sempena bulan Syawal yg bakal tiba. Saya telah sedia memberikan kemaafan kpd sesiapa jua yg mungkin ada sekelumit dosa pun jika ada terhadap saya. Semoga Allah memberikan keampunan, petunjuk dan Hidayah kepada kita semua.
Salam lebaran...
http://mjamilali.blogspot.com
KLCI 6 July 2011
13 years ago