Search This Blog

Friday, April 6, 2012

SC Lantik Lapan Penyedia Skim Persaraan Swasta ?

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengumumkan senarai lapan pengantara yang diluluskan sebagai penyedia Skim Persaraan Swasta (Penyedia PRS).

SC melalui satu kenyataan media memberitahu, lapan penyedia PRS terbabit ialah ........ Adakah Principal anda termasuk di dalam senarai tersebut??

Menurut kenyataan itu, lapan penyedia PRS terbabit dipilih berdasarkan kemahiran organisasi berkenaan dalam pengurusan pelaburan dan dana pencen, serta pengalaman mereka dalam pengurusan pencen global, kekukuhan kewangan, struktur tadbir urus dan model perniagaan yang dicadangkan.

Tambah kenyataan itu, kelulusan penyedia PRS berikutan penerbitan dan pengumuman dalam bulan Disember tahun lalu mengenai “Peraturan Kelayakan bagi Penyedia Skim Persaraan Swasta” SC (Garis Panduan Kelayakan) yang menetapkan jangkaan dan peraturan bagi pihak yang berminat dan layak menjadi Penyedia PRS.

Selain itu kata kenyataan tersebut, SC turut mengeluarkan Garis Panduan Skim Persaraan Swasta yang menetapkan peraturan pengawalseliaan dan pengoperasian yang perlu dipatuhi oleh penyedia PRS, pemegang amanah skim PRS dan pelaburan skim PRS.