Search This Blog

Thursday, February 19, 2015

Zero To Hero

From Zero to Hero merupakan tajuk yang amat menarik perhatian saya kebelakangan ini. Lebih-lebih lagi ketika bermulanya musim Maharaja Lawak Mega (MLM) musim terbaru 2014.

Jika kita amati dan perhalusi beberapa faktor yang membawa kejayaan kumpulan Zero, ianya boleh kita jadikan panduan dalam anda membina empayar kejayaan anda dalam apa sahaja lapangan kerjaya mahupun perniagaan yg sedang anda ceburi.

1. Zero bermula dengan kesusahan dan semangat menggapai impian.
2. Keluarga merestui impian mereka walaupun jauh perjalanan mereka.
3. Hubungan kekeluargaan yang mantap.
4. Sifat merendah diri, tanpa mengenal putus asa.
5. Lakukan yg terbaik setiap kali mereka beraksi.
6. Peka dengan perkembangan semasa.
7. Menjadikan Arwah Bapa sebagai mentor mencapai kejayaan.

Cuba kaitkan apa yg anda lakukan sekarang dengan apa yg saya sebutkan di atas.

In sha Allah sesuatu bakal berlaku dalam kehidupan anda.

Jika anda mempunyai cita-cita seperti kumpulan Zero,  sila hantar resume anda kpd hartanahmetro@gmail.com
Anda calon yg kami cari. Letakkan Zero To Hero sebagai tajuk email anda.

Salam hormat,

Thursday, January 8, 2015

Manusia Dengan Bayang-Bayang

Ramai manusia pada hari ini apabila tidak yakin dengan Allah akan takut dengan bayang-bayang diri sendiri.

Dalam perhubungan mereka sentiasa berprasangka...

Dalam berurusniaga mereka menyembunyikan sesuatu...

Dalam penyampaian mereka tidak berkata benar...

Dalam berpakaian mereka berpura-pura...

Semasa mendengar mereka membuat andaian sendiri...

Semasa bertutur mereka tidak jujur...

Semasa bekerja mereka mencuri tulang...

Semasa solat mereka tidak khusyuk...

Kisah benar hari ini 7 Jan 2015.

Sewaktu berurusan dengan seorang networker pada malam ini ternampak ketidakyakinan orang ini dengan keikhlasan saya.

Kelihatannya seperti pemuda ini banyak bercakap dan mempunyai ramai kenalan sedara mara yg hebat.

Beliau cuba bermain dengan ayat-ayat kasta tinggi dan merenung tajam ke mata saya. Saya katakan kepada beliau jika anda tidak yakin dengan urusniaga ini, saya akan serahkan semula semua dokumen dan maklumat yg beliau berikan kepada saya pada malam tersebut. Saya bukan baru setahun dua dalam urusan perniagaan. Saya tidak mahu menjanjikan bulan dan bintang sebagai ganjaran kpd beliau. Sedangkan urusan ini belum pun bermula.

Akhirnya beliau akur dan mohon maaf kerana kekasaran bahasa beliau kpd saya pada malam ini.

Saya katakan kpd beliau rezeki itu ketentuan Allah. Apa yg saya nyatakan kpd beliau adalah sesuatu yg realistik dan munasabah pada pandangan saya.

Kenali siapa di sebalik bayang-bayang anda.