Search This Blog

Thursday, January 8, 2015

Manusia Dengan Bayang-Bayang

Ramai manusia pada hari ini apabila tidak yakin dengan Allah akan takut dengan bayang-bayang diri sendiri.

Dalam perhubungan mereka sentiasa berprasangka...

Dalam berurusniaga mereka menyembunyikan sesuatu...

Dalam penyampaian mereka tidak berkata benar...

Dalam berpakaian mereka berpura-pura...

Semasa mendengar mereka membuat andaian sendiri...

Semasa bertutur mereka tidak jujur...

Semasa bekerja mereka mencuri tulang...

Semasa solat mereka tidak khusyuk...

Kisah benar hari ini 7 Jan 2015.

Sewaktu berurusan dengan seorang networker pada malam ini ternampak ketidakyakinan orang ini dengan keikhlasan saya.

Kelihatannya seperti pemuda ini banyak bercakap dan mempunyai ramai kenalan sedara mara yg hebat.

Beliau cuba bermain dengan ayat-ayat kasta tinggi dan merenung tajam ke mata saya. Saya katakan kepada beliau jika anda tidak yakin dengan urusniaga ini, saya akan serahkan semula semua dokumen dan maklumat yg beliau berikan kepada saya pada malam tersebut. Saya bukan baru setahun dua dalam urusan perniagaan. Saya tidak mahu menjanjikan bulan dan bintang sebagai ganjaran kpd beliau. Sedangkan urusan ini belum pun bermula.

Akhirnya beliau akur dan mohon maaf kerana kekasaran bahasa beliau kpd saya pada malam ini.

Saya katakan kpd beliau rezeki itu ketentuan Allah. Apa yg saya nyatakan kpd beliau adalah sesuatu yg realistik dan munasabah pada pandangan saya.

Kenali siapa di sebalik bayang-bayang anda.

No comments: