Search This Blog

Saturday, July 10, 2010

Bank Negara naik lagi kadar faedah 0.25 peratus

2010/07/09
BANK Negara Malaysia menaikkan kadar faedah sebanyak 0.25 peratus lagi, iaitu bagi kali ketiga tahun ini selepas kenaikan 0.25 peratus masing-masing pada 4 Mac dan 13 Mei lalu.

Jawatankuasa Dasar Monetari bank pusat itu pada mesyuaratnya semalam memutuskan menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR), iaitu penanda aras digunakan bank tempatan dalam menentukan Kadar Pinjaman Asas (BLR) mereka, kepada 2.75 peratus.
Serentak itu, ia juga menaikkan kadar terendah dan tertinggi koridor OPR kepada 2.5 peratus dan tiga peratus.
Purata BLR bank tempatan ketika ini adalah pada kadar 6.05 peratus.

Dalam kenyataannya semalam, Bank Negara berkata ekonomi global terus mencatat pemulihan pada suku kedua, disokong pertumbuhan teguh dan menyeluruh kebanyakan ekonomi pesat membangun, khususnya di Asia dan pemulihan sederhana dalam ekonomi maju.

Bagaimanapun, katanya ketidaktentuan pasaran kewangan antarabangsa telah meningkat berikutan kebimbangan terhadap krisis hutang kerajaan yang berterusan di beberapa ekonomi maju.

Perkembangan ini meningkatkan ketidakpastian mengenai kesan yang mungkin timbul dalam sistem kewangan antarabangsa dan aktiviti ekonomi global.
Melangkah ke depan, meskipun penilaian menunjukkan pemulihan global akan berterusan, wujud peningkatan risiko bahawa momentum pertumbuhan global mungkin menjadi sederhana, katanya.

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.